aku tidak mahu menjadi bulan
yang sentiasa menerangi mu di gelap malam
aku tidak mahu menjadi awan
yang memayungi mu di panas terik mentari
aku tidak mahu menjadi angin
yang menghembuskan bayu bagi menyejukan mu
aku tidak mahu menjadi bintang
yang membantu mu seorang pengembara
aku tidak mahu menjadi pokok
yang memberi buah untuk kau menghilangkan lapar
aku tidak mahu menjadi air
yang dapat menghilangkan dahaga mu
TETAPI aku ingin menjadi JANTUNG
yang sentiasa dekat dengan HATIMU
No comments:
Post a Comment